Assalamualaikum wbt.
Tuan Sayuti Omar,
Secara peribadi saya hargai tuan membetulkan silap dan kekhilafan saya. Saya mengaku silap dan bersikap biadap terhadap Tuan.
Saya semestinya perlukan bimbingan dan tunjuk ajar. Sebagai generasi muda, saya berdarah muda, saya akui saya terlebih emosional. Lagi-lagi apabila saya terlihat perangai yang betul-betul saya tidak berkenan.
Saya muda dan tiada wibawa, saya akui tentang itu. Namun saya juga tidak terlalu jahil dalam hal etika politik.
Sesungguhnya memijak-mijak gambar seseorang itu, lagi-lagi apabila anda seorang MENTERI yang diberi kepercayaan oleh rakyat, Semestinya anda perlu dan mestilah mempunyai 'moral highground' yang tinggi, kerana anda adalah pemimpin yang sewajibnya menjadi contoh kepada rakyat.
Saya tidak setuju bahawa budaya memijak-mijak kepala lawan, walaupun ianya adalah sekeping gambar, adalah perkara yang biasa dalam politik, seperti yang Tuan telah katakan. Ianya adalah perbuatan yang jijik dan dilakukan oleh pencacai jalanan, bukan perkara yang di lakukan oleh seorang Menteri.
Saya mempunyai respect yang sangat tinggi kepada Tuan sebelum ini, sehinggalah Tuan katakan perkara yang dilakukan LIM GUAN ENG dan kuncu-kuncunya adalah perkara biasa. Ianya bukan perkara biasa.
Hanya kerana ada yang lakukan perkara yang sama, tidak menjadikan ia sesuatu perkara yang biasa. Two wrongs do not make a right. Tiada justifikasi yang boleh diterima atas perbuatan tidak bermoral lagi-lagi yang dilakukan oleh insan yang berpengaruh dan berkepentingan tinggi terhadap negara dan rakyat.
Saya juga tertarik dengan kenyataan dan persoalan bahawa, ‘kenapa DAP yang marah sangat pada 3 katak itu sedangkan yang memerintah Perak bukankah Dato Seri Ir Nizar Jamaluddin?’ J
Sekali lagi saya katakan di sini, bahawa saya silap besar apabila saya emosi.
Terima Kasih atas judgement and assumptions yang telah diterjemahkan oleh para blogger yang telah komen. Saya terima dengan rela hati kerana sesungguhnya memang saya silap besar kerana terlebih emosi. Saya bukanlah seorang mat rempit dan saya juga tidak pernah berdamping dengan bohsia. Saya bukan produk generasi gagal. Silap sekali untuk saya perbaiki di masa hadapan insyaAllah.
Saya memohon seribu kemaafan dari Tuan yang saya hormati dan berharap ukhuwah fillah akan terjalin antara kita. Janganlah kerana perbuatan terkutuk oleh bangsa mereka membuatkan kita sesama Muslim bergaduh lagi.
Moga Tuan dapat memaafkan saya yang lemah ini.
Salam Ukhuwah Fillah.
No comments:
Post a Comment